Friday, 23 December 2016

Dokumen Penting Untuk Apply Visa Ke Netherland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Untuk makluman semua pembaca, beberapa perkara perlu diambil untuk memohon visa negara Netherland.Berikut merupakan pengalaman penulis seharian menguruskan dokumen sebelum memohon visa isteri sebagai pelajar dan keluarga di kedutaan.
Antara perkara yang perlu diambil maklum bagi sesiapa yang ingin memohon visa pelajar dan keluarga ke Netherland adalah:
  1. Sijil lahir yang lama perlu ditukarkan ke sijil lahir terbaru. ini adalah disebabkan pada sijil lahir lama terdapat JPN yang menggunakan bahasa Melayu dan ada JPN yang menggunakan bahasa Inggeris. Sijil terbaru Dwi bahasa. (Dokumen/Sijil Lahir lama akan disimpan oleh pihak JPN)
  2. Sijil Lahir perlu diterjemahkan dan disahkan di High Court dengan kos RM60 -RM70 bergantung kepada jenis sijil untuk satu sijil. (Bayangkan kalau dah 5 orang anak )
  3. Sijil Nikah perlu diterjemahkan juga walaupun ada dwi bahasa  
 Seharian berada di Pejabat Persekutuan Simpang 3 untuk mengesahkan surat beranak ( Di JPN ), passport ( Di Imigresen ) dan sijil nikah ( Di JAIS )

Selesai semua disahkan barulah dihantar ke Kementerian Luar Negeri untuk pengesahan dengan kadar RM20 untuk satu sijil yang disahkan.
Alhamdulillah selesai urusan tersebut akan tetapi masih banyak yang harus diselesaikan dan benda penting adalah kerja di pejabat, Rumah, Hutang dan sebagainya

Terima Kasih

Wednesday, 21 December 2016

Mencari Maklumat Berkenaan Bandar Groningen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Beberapa bulan sebelum isteri saya menyambung pelajaran acap kali saya mencari maklumat berkenaan dengan bandar Groningen. Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada warga Indonesia.
Terlalu banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan warga Indonesia disana
Saya mencari maklumat berkenaan dengan warga Malaysia akan tetapi kebanyakan mereka berada di Amsterdam , Warganingen dan Lieden
Adakah Groningen bukan tempat pilihan untuk warga Malaysia menyambung pelajaran?