Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi Allah SWT dengan limpah dah kurnianya maka lahirlah putera sulung saya pengakhir 2016. Tepat pada waktunya 31 Disember 2016.
Terima kasih kepada isteri tersayang. Hanya Allah membalas jasamu mengandungkan dan melahirkan amanah Allah.
Genap 11 hari anak saya di hospital ditahan di nursery disebabkan kelahiran pra matang iaitu 32 minggu. Kakak lahir 34 minggu. Kini adik mengikut jejak yang sama 32 minggu.
Alhamdulillah juga dipanjatkan kerana sepanjang proses kelahiran tidak ada apa-apa masalah yang dialami.
Sebelum semua proses menyambung pelajaran isteri saya diteruskan, fokus kami sekeluarga kepada ank yng baru lahir. Agar putera sulung ini akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah.
Next step:
1) Pasport anak
2) Translate surat beranak
3) Apply visa
Terima kasih