Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Groningen adalah salah sebuah bandar di utara Belanda. Salah sebuah bandar yang menjadikan pendidikan daya tarikan untuk ke sini. Hampir 5 bulan di Groningen menghadirkan sebuah pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup apatah lagi menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman berada di negara asing daripada Malaysia. Belanda pernah menjajah Tanah Melayu satu masa dahulu disebabkan hasil bumi Tanah Melayu. Tidak asinglah bagi masyarakat di sini tentang ketamadunan Nusantara. Ada rakyat Belanda sendiri yang lahir di nusantara terutamanya di Sulawesi. Tidak hairanlah jika kami rakyat Malaysia disapa dan mengandaikan kami adalah warga Indonesia kerana warga Indonesia banyak yang menetap di sini.
Bagi saya, disini baru mengetahui bahawa warga Indonesia kebanyakannya adalah dari negara Suriname sebuah negara di Brasil yang rata-rata penduduk disana adalah berasal dari Indonesia.
Kalau nak tahu lebih lanjut google Suriname.
Artistic Groningen ini adalah homeless...
Hanya mengabdikan diri dengan lukisan. Hampir setiap hari melihat beliau melukis. Harga bagi Martini building ini 10 ke 15 euro bergantung kepada saiz. Mesra dengan semua orang. Nice person......