Tuesday, 26 September 2017

Artistic Groningen

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Groningen adalah salah sebuah bandar di utara Belanda. Salah sebuah bandar yang menjadikan pendidikan daya tarikan untuk ke sini. Hampir 5 bulan di Groningen menghadirkan sebuah pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup apatah lagi menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman berada di negara asing daripada Malaysia. Belanda pernah menjajah Tanah Melayu satu masa dahulu disebabkan hasil bumi Tanah Melayu. Tidak asinglah bagi masyarakat di sini tentang ketamadunan Nusantara. Ada rakyat Belanda sendiri yang lahir di nusantara terutamanya di Sulawesi. Tidak hairanlah jika kami rakyat Malaysia disapa dan mengandaikan kami adalah warga Indonesia kerana warga Indonesia banyak yang menetap di sini.

Bagi saya, disini baru mengetahui bahawa warga Indonesia kebanyakannya adalah dari negara Suriname sebuah negara di Brasil yang rata-rata penduduk disana adalah berasal dari Indonesia.
Kalau nak tahu lebih lanjut google Suriname.

Artistic Groningen ini adalah homeless...
Hanya mengabdikan diri dengan lukisan. Hampir setiap hari melihat beliau melukis. Harga bagi Martini building ini 10 ke 15 euro bergantung kepada saiz. Mesra dengan semua orang. Nice person......

Monday, 25 September 2017

Memulakan Persekolahan Di Sekolah DUTCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
4 bulan berada di bumi Belanda tidak terasa disebabkan musim panas yang hampir mirip di Malaysia cuma kesejukan ala-ala dalam aircond...
Musim panas akan melabuhkan tirai nya dalam beberapa minggu lagi dan cabaran musim luruh akan bermula dengan hujan dan angin sejuk mula menyengat di sum sum tulang...
Alhamdulillah baby dah semakin membesar dan mula pandai untuk berdiri sendiri tapi kelasakan lelaki terserlah dengan berbagai cubaan untuk memanjat kerusi tilam dan sebaginya...
Alhamdulillah juga Allah memberikan kesihatan kepada kami sekeluarga agar terus merasai berada di negara orang...
Anak 4 tahun pun dah mula bersekolah aliran Dutch dan perasaan gementar ibu bapa dibalas dengan perasaan seronok anak berada di sekolah....
Sesi persekolahan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang...
Pemulaan yang baik untuk 3 minggu pertama dan anak mula memahami perkataan penting Dutch dan mula belajar menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah...
BELAJAR MELALUI PERSEKITARAN adalah satu cara kanak-kanak disini lebih cepat indipendent dengan suasana kehidupan...
Semoga anak kecil ini mudah memahami dan belajar seperti kawan-kawan yang lain....

Tuesday, 9 May 2017

Tiba Di Bumi Belanda

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Tanggal 27 April 2017 maka bermulalah perjalanan saya bersama 2 orang anak (baby + 3 tahun stgh) serta ibu mertua ke Belanda untuk bertemu isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak ini. Keseronokan anak-anak  terlihat di muka mereka dikala menaiki kapal terbang. Tetapi jangka masa penerbangan 13 jam dari Kuala Lumpur ke Amsterdam amat memenatkan mereka. Masuk sahaja mereka di dalam kapal terbang terus tertidur kerana keletihan kerana penerbangan sebelum adalah dari Kuching Sarawak.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibu mertua yang banyak membantu menjaga anak-anak ketika di dalam penerbangan. Hanya Allah mampu untuk membalas pengorbanan tersebut.

Masa bertolak dari Kuala Lumpur adalah pada jam 11 malam menggunakan penerbangan KLM. Penerbangan tiba pada jam 7 pagi waktu Belanda bersamaan jam 1 petang waktu Malaysia.

Perjalanan agak lancar dan Alhamdulillah kami tiba di Belanda.

Mencari Rumah Sewa Di Groningen

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Pengalaman dslam mencari rumah sewa adalah cabaran yang paling besar untuk kami sekeluarga.
Bayangkan kehidupan di Malaysia dibawa ke Groningen keseluruhannya dengan berbekalkan sebuah beg dengan muatan 23 kg setiap seorang. Suami + isteri + anak + baby.

Mujur syukur Alhamdulillah kehadrat Allah diketemukan dengan pelajar Malaysia yang masih menuntut di sana membantu dalam mencari rumah sewa.

Alhamdulillah dengan bantuan beliau dapat menyewa rumah dengan harga 950 euro iaitu bersamaan dengan RM4000.00++ duit Malaysia. Kos ini tidak termasuk utiliti dan perabot. Hanya rumah, dapur, flooring dan tandas. Keluasan rumah agak sempit tp alhamdulillah syukur ada tempat untuk berteduh dan memulakan kehidupan baru.

Rumah sewa tersebut berdekatan dengan semua tempat penting seperti Masjid, Kedai, UMCG dan stesen bas.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada cik nad membantu selama ini.

Sunday, 26 March 2017

Keberangkatan Pergi Isteri Ke Groningen

Assalamualaikum

Pilu rasa hati bila menghantar isteri ke lapangan terbang.
Isteri meninggalkan anak selama 1 bulan dengan anak yang baru 3 bulan dilahirkan + anak yang br menjangkau 4 tahun amat memilukan mata org yang melihat inikan pula yang merasainya.

Ketabahan dan kecekalan isteri amat saya kagumi demi jihad menuntut ilmu di negara orang.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada isteri dan kita akan bersatu di bumi groningen nanti.

Ameen..

Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnianya kami sekeluarga dah hantar aplikasi visa ke Belanda.
Harus diingat pemohon perlu mengesahkan semua sijil berkaitan terutama yang original.
Bawa bersama salinan sijil sekali utk pengesahan daripada kedutaan dan bayaran dikenakan adalah

Euro 210 utk dewasa

Euro 50 utk kanak-kanak dan bayi.

Bagi org Sarawak disyorkan stay di KL utk 3 hari 2 malam sebab temujanji jam 8 pagi dan visa akan didapati pada jam 11 pagi hari berikutnya.

Terima kasih

Wednesday, 11 January 2017

Tahun Baru Sangat Bererti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi Allah SWT dengan limpah dah kurnianya maka lahirlah putera sulung saya pengakhir 2016. Tepat pada waktunya 31 Disember 2016.

Terima kasih kepada isteri tersayang. Hanya Allah membalas jasamu mengandungkan dan melahirkan amanah Allah.
Genap 11 hari anak saya di hospital ditahan di nursery disebabkan kelahiran pra matang iaitu 32 minggu. Kakak lahir 34 minggu. Kini adik mengikut jejak yang sama 32 minggu.
Alhamdulillah juga dipanjatkan kerana sepanjang proses kelahiran tidak ada apa-apa masalah yang dialami.
Sebelum semua proses menyambung pelajaran isteri saya diteruskan, fokus kami sekeluarga kepada ank yng baru lahir. Agar putera sulung ini akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Next step:
1) Pasport anak
2) Translate surat beranak
3) Apply visa

Terima kasih