Tuesday, 9 May 2017

Tiba Di Bumi Belanda

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Tanggal 27 April 2017 maka bermulalah perjalanan saya bersama 2 orang anak (baby + 3 tahun stgh) serta ibu mertua ke Belanda untuk bertemu isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak ini. Keseronokan anak-anak  terlihat di muka mereka dikala menaiki kapal terbang. Tetapi jangka masa penerbangan 13 jam dari Kuala Lumpur ke Amsterdam amat memenatkan mereka. Masuk sahaja mereka di dalam kapal terbang terus tertidur kerana keletihan kerana penerbangan sebelum adalah dari Kuching Sarawak.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibu mertua yang banyak membantu menjaga anak-anak ketika di dalam penerbangan. Hanya Allah mampu untuk membalas pengorbanan tersebut.

Masa bertolak dari Kuala Lumpur adalah pada jam 11 malam menggunakan penerbangan KLM. Penerbangan tiba pada jam 7 pagi waktu Belanda bersamaan jam 1 petang waktu Malaysia.

Perjalanan agak lancar dan Alhamdulillah kami tiba di Belanda.

Mencari Rumah Sewa Di Groningen

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Pengalaman dslam mencari rumah sewa adalah cabaran yang paling besar untuk kami sekeluarga.
Bayangkan kehidupan di Malaysia dibawa ke Groningen keseluruhannya dengan berbekalkan sebuah beg dengan muatan 23 kg setiap seorang. Suami + isteri + anak + baby.

Mujur syukur Alhamdulillah kehadrat Allah diketemukan dengan pelajar Malaysia yang masih menuntut di sana membantu dalam mencari rumah sewa.

Alhamdulillah dengan bantuan beliau dapat menyewa rumah dengan harga 950 euro iaitu bersamaan dengan RM4000.00++ duit Malaysia. Kos ini tidak termasuk utiliti dan perabot. Hanya rumah, dapur, flooring dan tandas. Keluasan rumah agak sempit tp alhamdulillah syukur ada tempat untuk berteduh dan memulakan kehidupan baru.

Rumah sewa tersebut berdekatan dengan semua tempat penting seperti Masjid, Kedai, UMCG dan stesen bas.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada cik nad membantu selama ini.