Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Tanggal 27 April 2017 maka bermulalah perjalanan saya bersama 2 orang anak (baby + 3 tahun stgh) serta ibu mertua ke Belanda untuk bertemu isteri dan juga ibu kepada 2 orang anak ini. Keseronokan anak-anak terlihat di muka mereka dikala menaiki kapal terbang. Tetapi jangka masa penerbangan 13 jam dari Kuala Lumpur ke Amsterdam amat memenatkan mereka. Masuk sahaja mereka di dalam kapal terbang terus tertidur kerana keletihan kerana penerbangan sebelum adalah dari Kuching Sarawak.
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu mertua yang banyak membantu menjaga anak-anak ketika di dalam penerbangan. Hanya Allah mampu untuk membalas pengorbanan tersebut.
Masa bertolak dari Kuala Lumpur adalah pada jam 11 malam menggunakan penerbangan KLM. Penerbangan tiba pada jam 7 pagi waktu Belanda bersamaan jam 1 petang waktu Malaysia.
Perjalanan agak lancar dan Alhamdulillah kami tiba di Belanda.
No comments:
Post a Comment